PENCEMARAN LAUT
Masalah
pencemaran menjadi semakin hari semakin meningkat. Pencemaran laut disebabkan
oleh pelbagai aktiviti manusia. Antaranya termasuklah tumpahan minyak,
pembuangan bahan radioaktif dan pembuangan bahan dari kilang .
Pelanggaran Kapal
Tumpahan minyak berlaku apabila
kapal tangka tenggelam atau berlanggar. Ini berlaku terhadap laut diseluruh
dunia, termasuklah Selat Melaka. Kesibukan
Selat Melaka sebagai laluan perkapalan utama yang menghubungkan timur dan barat
telah menyebabkan kecenderungan berlakunya kemalangan di kawasan-kawasan
tersebut. Terdapat kira-kira 600 buah kapal melalui
Selat
Melaka setiap hari yang terdiri daripada pelbagai jenis kapal iaitu dari jenis kapal
layar sehingga ke kapal kontena, kapal peranginan, kapal perikanan, kapal tangki
serta kapal-kapal kargo pukal. Oleh itu, kesibukan lalu lintas di Selat Melaka ini sudah tentu
menyebabkan kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi. (Hanizah Idris, 2001) Hal ini akan menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Berikut
merupakan gambar kawasan tumpahan minyak di Selat Melaka.
Pembuangan
Bahan Radioaktif
Pembuangan bahan radioaktif juga mencemarkan laut. Bahan-bahan buangan
radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada
pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal
dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta
mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di
laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Perlombongan
Industri perlombongan
juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada
gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan
mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti
tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein
manusia. Berikut merupakan kejadian tumpahan minyak disebabkan oleh aktiviti
perlombongan.