ENJOY..

Thursday, November 24, 2016

PENCEMARAN LAUT

PENCEMARAN LAUT
     Masalah pencemaran menjadi semakin hari semakin meningkat. Pencemaran laut disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia. Antaranya termasuklah tumpahan minyak, pembuangan bahan radioaktif dan pembuangan bahan dari kilang .
Pelanggaran Kapal
            Tumpahan minyak berlaku apabila kapal tangka tenggelam atau berlanggar. Ini berlaku terhadap laut diseluruh dunia, termasuklah Selat Melaka. Kesibukan Selat Melaka sebagai laluan perkapalan utama yang menghubungkan timur dan barat telah menyebabkan kecenderungan berlakunya kemalangan di kawasan-kawasan tersebut. Terdapat kira-kira 600 buah kapal melalui
Selat Melaka setiap hari yang terdiri daripada pelbagai jenis kapal iaitu dari jenis kapal layar sehingga ke kapal kontena, kapal peranginan, kapal perikanan, kapal tangki serta kapal-kapal kargo pukal. Oleh itu, kesibukan lalu lintas di Selat Melaka ini sudah tentu menyebabkan kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi. (Hanizah Idris, 2001) Hal ini akan menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Berikut merupakan gambar kawasan tumpahan minyak di Selat Melaka.


 Pembuangan Bahan Radioaktif
            Pembuangan bahan radioaktif  juga mencemarkan laut. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Perlombongan
Industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Berikut merupakan kejadian tumpahan minyak disebabkan oleh aktiviti perlombongan.



No comments:

Post a Comment