ENJOY..

Thursday, November 24, 2016

PENCEMARAN MERENTAS SEMPADAN

JENIS PENCEMARAN MERENTAS  SEMPADAN


Pencemaran merentas sampadan sudah tidak asing lagi dengan Malaysia. Hal ini demikan kerana, masalah pencemaran merentas sempadan sering berlaku di negara kita. Terdapat dua jenis pencemaran merentas sempadan :

Pencemaran Udara
Pencemaran udara didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar seperti gas, bahan berbau, habuk zarah, debu, dabn sebagainya dalam atmosfera.  Bahan pencemar udara diklasifikasikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu, zarah, sebatian organic, sebatian radioaktif , karbon monoksida dan karbon dioksida, sebatian yang mengandungi unsur sulfur, sebatian yang mengandungi unsur hologen, dan sebatian yang mengandungi unsur nitrogen.(Norzuhaidah, 2007)







Dalam konteks ini, masalah pencemaran udara yang sering dikaitkan dengan pencemaran rentas sempadan adalah jerebu. Jerebu ditakrifkan sebagai partikel-partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikel terampai ini terbentuk dalam keadaan cuaca yang kering. Keadaan udara yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel-patikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya. Proses penyerakan dan penyerapan cahaya matahari oleh partikulat-partikulat terampai ini dinamakan Serakan Mie. Proses ini boleh mengurangkan jarak penglihatan manusia. (Norzuhaidah, 2007)

Pencemaran Air
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.  

No comments:

Post a Comment