ENJOY..

Thursday, November 24, 2016

PUNCA BERLAKU PENCEMARAN MERENTAS  SEMPADAN.


PENCEMARAN UDARA (JEREBU)

            Masalah jerebu boleh disebabkan oleh faktor semula jadi atau kegiatan manusia. Dalam konteks ini, faktor semula jadi merupakan pecetus utama kepada masalah jerebu berbanding faktor kegiatan manusia. Hal ini demikian kerana, kebanyakan aktiviti manusia kurang menyumbang kepada masalah jerebu merentas sempadan. Kebanyakan aktiviti manusia seperti perindustrian, pengangkutan dan perkilangan hanya akan menyebabkan masalah pencemaran udara di kawasan setempat sahaja.
Letusan Gunung Berapi
            Antara pembentukan jerebu menerusi aktiviti semula jadi ialah letusan gunung berapi. Cetusan angin silikon tropika  telah membawa debu dari gunung tersebut ke negara yang berdekatan. Debu yang diangkat hingga ke aras 15000 meter dari akan diterbangkan oleh angin silikon ke negara yang berdekatan. Apabila tekanan udara rendah di atmosfera negara berdekatan, debu akan dibawa ke permukaan bumi yang mempunyai tekanan yang lebih rendah dan menghasilkan jerebu.(Abibullah 1994) Contohnya, letusan gunung Pinatubo, Filipina 1991 bukan sahaja telah menyebabkan berlaku kemusnahan yang amat dahsyat di negara tersebut malah ia juga memberi kesan negatif terhadap negara yang berdekatan. (Wiesner, 2004)
 Kebakaran Hutan 
Selain itu, kebakaran hutan secara semula jadi juga merupakan penyebab kepada masalah jerebu berlaku. Kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan,Indonesia telah menyebabkan Malaysia dan Singapura mengalami masalah jerebu.yang teruk. Kebakaran hutan itu berlaku selepas negara Indonesia dilanda kemarau yang panjang. Kebakaran itu menghasilkan pertikel terampai dan debu serta habuk. Tiupan angina monson yang melalui kawasan kebakaran akan membawa pratikel terampai dan habuk serta debu ke negara yang berdekatan dengan kawasan kebakaran. Pada Jun 2013 , berlaku fenomena jerebu berlaku di Malaysia akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia . Hal ini telah menyebabkan Negara yang berdekatan dengan Indonesia umumnya Singapura dan Malaysia terkena tempiasnya . Fenomena jerebu paling teruk berlaku di Singapura dan Negeri Johor 




No comments:

Post a Comment