ENJOY..

Thursday, November 24, 2016

PENCEMARAN LAUT

PENCEMARAN LAUT
     Masalah pencemaran menjadi semakin hari semakin meningkat. Pencemaran laut disebabkan oleh pelbagai aktiviti manusia. Antaranya termasuklah tumpahan minyak, pembuangan bahan radioaktif dan pembuangan bahan dari kilang .
Pelanggaran Kapal
            Tumpahan minyak berlaku apabila kapal tangka tenggelam atau berlanggar. Ini berlaku terhadap laut diseluruh dunia, termasuklah Selat Melaka. Kesibukan Selat Melaka sebagai laluan perkapalan utama yang menghubungkan timur dan barat telah menyebabkan kecenderungan berlakunya kemalangan di kawasan-kawasan tersebut. Terdapat kira-kira 600 buah kapal melalui
Selat Melaka setiap hari yang terdiri daripada pelbagai jenis kapal iaitu dari jenis kapal layar sehingga ke kapal kontena, kapal peranginan, kapal perikanan, kapal tangki serta kapal-kapal kargo pukal. Oleh itu, kesibukan lalu lintas di Selat Melaka ini sudah tentu menyebabkan kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi. (Hanizah Idris, 2001) Hal ini akan menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Berikut merupakan gambar kawasan tumpahan minyak di Selat Melaka.


 Pembuangan Bahan Radioaktif
            Pembuangan bahan radioaktif  juga mencemarkan laut. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Perlombongan
Industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Berikut merupakan kejadian tumpahan minyak disebabkan oleh aktiviti perlombongan.



PUNCA BERLAKU PENCEMARAN MERENTAS  SEMPADAN.


PENCEMARAN UDARA (JEREBU)

            Masalah jerebu boleh disebabkan oleh faktor semula jadi atau kegiatan manusia. Dalam konteks ini, faktor semula jadi merupakan pecetus utama kepada masalah jerebu berbanding faktor kegiatan manusia. Hal ini demikian kerana, kebanyakan aktiviti manusia kurang menyumbang kepada masalah jerebu merentas sempadan. Kebanyakan aktiviti manusia seperti perindustrian, pengangkutan dan perkilangan hanya akan menyebabkan masalah pencemaran udara di kawasan setempat sahaja.
Letusan Gunung Berapi
            Antara pembentukan jerebu menerusi aktiviti semula jadi ialah letusan gunung berapi. Cetusan angin silikon tropika  telah membawa debu dari gunung tersebut ke negara yang berdekatan. Debu yang diangkat hingga ke aras 15000 meter dari akan diterbangkan oleh angin silikon ke negara yang berdekatan. Apabila tekanan udara rendah di atmosfera negara berdekatan, debu akan dibawa ke permukaan bumi yang mempunyai tekanan yang lebih rendah dan menghasilkan jerebu.(Abibullah 1994) Contohnya, letusan gunung Pinatubo, Filipina 1991 bukan sahaja telah menyebabkan berlaku kemusnahan yang amat dahsyat di negara tersebut malah ia juga memberi kesan negatif terhadap negara yang berdekatan. (Wiesner, 2004)
 Kebakaran Hutan 
Selain itu, kebakaran hutan secara semula jadi juga merupakan penyebab kepada masalah jerebu berlaku. Kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan,Indonesia telah menyebabkan Malaysia dan Singapura mengalami masalah jerebu.yang teruk. Kebakaran hutan itu berlaku selepas negara Indonesia dilanda kemarau yang panjang. Kebakaran itu menghasilkan pertikel terampai dan debu serta habuk. Tiupan angina monson yang melalui kawasan kebakaran akan membawa pratikel terampai dan habuk serta debu ke negara yang berdekatan dengan kawasan kebakaran. Pada Jun 2013 , berlaku fenomena jerebu berlaku di Malaysia akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia . Hal ini telah menyebabkan Negara yang berdekatan dengan Indonesia umumnya Singapura dan Malaysia terkena tempiasnya . Fenomena jerebu paling teruk berlaku di Singapura dan Negeri Johor 




PENCEMARAN MERENTAS SEMPADAN

JENIS PENCEMARAN MERENTAS  SEMPADAN


Pencemaran merentas sampadan sudah tidak asing lagi dengan Malaysia. Hal ini demikan kerana, masalah pencemaran merentas sempadan sering berlaku di negara kita. Terdapat dua jenis pencemaran merentas sempadan :

Pencemaran Udara
Pencemaran udara didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar seperti gas, bahan berbau, habuk zarah, debu, dabn sebagainya dalam atmosfera.  Bahan pencemar udara diklasifikasikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu, zarah, sebatian organic, sebatian radioaktif , karbon monoksida dan karbon dioksida, sebatian yang mengandungi unsur sulfur, sebatian yang mengandungi unsur hologen, dan sebatian yang mengandungi unsur nitrogen.(Norzuhaidah, 2007)







Dalam konteks ini, masalah pencemaran udara yang sering dikaitkan dengan pencemaran rentas sempadan adalah jerebu. Jerebu ditakrifkan sebagai partikel-partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikel terampai ini terbentuk dalam keadaan cuaca yang kering. Keadaan udara yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel-patikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya. Proses penyerakan dan penyerapan cahaya matahari oleh partikulat-partikulat terampai ini dinamakan Serakan Mie. Proses ini boleh mengurangkan jarak penglihatan manusia. (Norzuhaidah, 2007)

Pencemaran Air
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.  

Wednesday, November 23, 2016

alam sekitar kehidupan kita

Dalam usaha negara mengejar status negara maju, manusia sering kali mengabaikan alam sekitar. Seiring dengan pembangunan sesebuah negara, terdapat masalah yang akan timbul. Masalah pencemaran semakin hari semakin meningkat. Hal ini berlaku akibat faktor pembangunan yang semakin pesat dibangunkan.  Pembangunan yang kian pesat berlaku akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Alam sekitar merupakan satu ruang yang terletak antara dasar lautan yang paling dalam dengan angkasa setinggi 15 kilometer dari permukaan bumi yang didiami oleh makhluk bernyawa. Secara teorinya, ruang ini dipanggil sebagai biosfera dan dianggap sebagai alam 





Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh dipanggil flora dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama .Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.